About Stuff Linkies Fanfic Journal

Friday, April 17, 2015

Tutorial : Photoshop - Tulisan Dalam Kotak (Posters)

No comments :



Assalamualaikum and hello!

Dah lama gilaaaaaaaa aku tak update blog ni. Tadi aku check last entri aku buat bulan June tahun dua-ribu-empat-belas. Itu zaman sebelum aku trial SPM lagi tu, punya la lama aku tak update sampai sekarang aku tengah tunggu keputusan pemohonan UPU aku nak keluar ni haaa. HAHAHA! Ok, sebelum aku terlupa... "Happy 2015! Please be nice."

Tadi aku sempat update entri baru kat blog journal aku. Pastu ex-classmate aku whatsapp aku tanya pasal photoshop ni haaa. Aku takkan nak explain everything dalam whatsapp kot. Aku yang dok mengajar tak faham inikan pulak kawan aku yang bertanya tu. Confirm dia pun tak faham apa aku explain-kan. So, orang dah mintak tolong ajarkan takkan nak kedekut ilmu kot. Jadi sekarang ni aku nak buat tutorial untuk soalan yang kawan aku whatsapp tadi. Tutorial kita hari ni ialah buat tulisan dalam kotak yang selalunya budak hipsturr kat instagram buat kat gambar mereka.

1. Bukak photoshop korang. Tak kisahlah paling latest punya adobe photoshop ke apa.

2. Bukak gambar yang korang nak letak tulisan dalam kotak tu. Macam aku, aku dah edit gambar longgokkan kayu-kayan masa kat Kuala Sepetang harituh. So, aku nak letak tulisan kat gambar tu.


3. Then, korang tekan icon yang tulis 'T' tu. Pastu korang tulis la apa yang korang nak dengan menggunakan font yang korang suka.


4. Untuk nak buat kotak tu, korang tekan icon yang ada bentuk 'rectangle' tu. Nama icon tu 'Rectangle Tool (U)'.


5. Lepas tuh adjust 'fill' dia. Bagi transparent.


6. Untuk 'stroke' jugak, korang adjust bagi opaque. Stroke tu boleh adjust nak tebal mana. Sebelah stroke tu, ruang untuk adjust ketebalan stroke tu. Nak tebal ke, nak nipis ke.. Warna pun boleh tukar ikut citarasa korang.


7. Nanti kotak tu dan tulisan tu korang adjust la bagi center ke apa.. Dah siap semua, korang boleh save.


Sayonara.