About Stuff Linkies Fanfic Journal

Wednesday, December 16, 2015

new looks

1 comment :



Assalamualaikum and hello gais!
Okay, aku memang tengah tahap mereput dekat rumah layan anime; Kimi Ni Todoke, Tokyo Ghoul & etc, Running Man dan Oh My Venus. So aku saja je nak refresh balik ingatan aku pasal edit blog ni sementara tunggu Running Man habis buffering. Lagipun I'm sick with old design untuk blog ni. Design matured with white background (perghhh matured bakhangg hahaha).



Nak dekat tiga jam aku hadap kod-kod blog ni semata-mata nak tukar background blog je. Tiga jam okay bukan tiga puluh minit! Punyalah aku struggle cari kat google, kat blog tutorial orang lain untuk tukar background blog je. Akhirnya aku bukak blog fanfic aku and aku bandingkan kod blog tu dengan kod blog ni sebab both of these blogs aku guna template yang sama. Nampak sangat skill edit blog aku dah berkarat huhuhuhu :p




Aku rasa ni first time aku buat header guna clipping mask walaupun aku agak pro (bagi akulah.. aku pro bab ni) dalam clipping mask ni. Aku guna gambar galaxy, walaupun pada hakikatnya aku nak guna gambar Arctic Monkeys tapi kalau guna gambar deme, lubang hidung Alex Turner tak nampak kalau buat clipping mask ni. Lol. Header blog ni aku rasa cam tak centre je even aku dah ukur elok-elok dah. Hmmm.

Ok. Tu je nak merepek hari ni. Bye. 
Sayonara.

Friday, December 11, 2015

Review Novel: Tanya Dia Tentang Cinta - Ameera Ameer

2 comments :



Muka Surat: 586
Tempoh: Kirang 24 jam


Assalamualaikum and hello everybody!

Well... I'm back gaiss! Sekarang aku tengah menikmati cuti semester. Yohooo~! Lepas hampir dua bulan aku struggle ulangkaji untuk final exam sem satu (study last minit memang cenggini..), akhirnya dapat jugak aku release stress dengan membuat aktiviti kegemaran aku. Dan antara aktiviti fav. aku masa cuti ni sudah semestinya membaca novel. 

Novel ni aku pinjam daripada cousin aku. Habis je exam, aku terus pergi rumah cousin aku dan mintak beberapa novel. Huhuu~ Pelajar cam aku ni memang sengkek, takde duit nak beli novel. Hanya mampu pinjam novel orang je. Hehe. 

Hari ni kita buat review novel Tanya Dia Tentang Cinta, karya Ameera Ameer.

* * * *

First impression. Aku memang species manusia yang sebelum nak baca novel tu kena tengok nama watak dia. Apabila aku tengok nama watak perempuan dia... macam unik dan panjang so aku terus decide nak baca novel ni. Lagipun cousin aku yang recommend untuk aku baca novel ni. Then, cover novel ni... pertama kali aku tengok cover dia, aku nampak bear yang merah menyala tu haaa. Sungguh kontra dengan background yang lain-lain (nampak tak aku applykan apa yang aku belajar subjek seni selama ni dalam memberi pandangan tentang cover novel ni?) lol. 

Watak. Bagi aku watak Ziyad Uzair ni memang cheesy gilaa la. Dengan romantiknya yang omg! Dan yang paling best, watak Ziyad ni pandai memujuk, means bila wife dia merajuk, dia pandai pujuk wife dia dengan sekelip mata jeh. Haaaa. Dan watak Ziyad ni memang matang laa. Aku suka dengan kematangan dia tu~ Walaubagaimanapun, aku lebih suka watak Adif sebab dia jenis yang chill dan caring tentang kawan dia! Tbvh aku lebih fangirling terhadap Adif berbanding Ziyad. LMAO.

Favourite part. Aku suka part Ziyad suruh Puteri masakkan ikan siakap stim... lastly Ziyad yang masakkan sebab Puteri dok termenung hadap ikan tu sebab dia tak reti nak siang ikan siakap. Tak habis menuntut ilmu dengan mama dia. Hahaha. Satu lagi part yang membuatkan aku menangis bila salah seorang pesakit Ziyad meninggal. Gosh! Memang basahlah pipi aku ni dengan air mata bila baca part tu sebab aku memang tengah feel membaca masa tu. (Nampak sangat aku ni hati tisu!)

Komen. Aku bagi 4 bintang sebab novel ni ada pengisian ilmu. Dalam novel ni ada tentang hadis-hadis, pesanan yang bernas dan memberi impak sedikit sebanyak pada aku. Good job, penulis Ameera Ameer sebab berjaya buat tangkai hati aku goyah dengan pesanan ala-ala tarbiah sentap tu. Lol.


Puteri Chempaka Emelyn suka tulips, but sorry not so sorry aku takde bunga tulips so novel tu akan tangkap gambar dengan bunga Baby Breath yang aku beli beberapa hari yang lepas. Lol.

Sunday, May 17, 2015

Review Novel : Saat Bulan Jatuh ke Riba - Naurah Iman

1 comment :



 Muka Surat: 513
Tempoh: Lebih kurang 72 jam (sebab mood membaca takde)



Assalamualaikum dan hello guys!

Perghh.. Nikmat gila dapat update blog dalam Bahasa Melayu. Hampir dua bulan aku dok update blog kat blog journal aku dalam Bahasa Inggeris. Well. Practice for MUET katakoo..! Lol. Okay, hari ni aku nak buat review novel. Minggu lepas aku baru beli novel terbaru hasil karya Naurah Iman, orang Bota Perak dengarnya (beli sebab kampung opah kat Bota Kanan. Support Jemari Seni dan penulis orang Perak. Huhuhu.. So, motif!). Tajuk novel ni, Saat Bulan Jatuh ke Riba.

* * * *

First impression, selalunya aku tengok dari cover novel. Lepastuh baru aku tengok tajuk dan akhir sekali baru aku baca sinopsis. So mata aku pada mulanya memang tertarik dengan cover tu sebab lawa sangat. Aku paling suka warna background cover tu. Emerald green! Then, cover dia cute jugak. Tajuk dia pun cantik editnya sebab ada glitter-shiny bagai. Bagi aku cover dia ni 10/10. 

Watak. Bila aku baca sinopsis tu, terjumpa pulak nama watak utama dia Hanna. Perghhh~ Lagilah aku nak baca dan beli sebab watak dia ada rupa macam nama aku. LOL. Kalau watak sama dengan nama aku, barulah feel habis bila nak baca. Senang nak imagine. Hehehee. Maaflah tapi aku memang rasa watak Ian ni memang handsome. Mata dia sexy mungkin (dalam imaginasi aku, mata dia sexy) Lol.

Favourite part. Aku menangis bila Hanna tak kahwin dengan Ian. Aku suka bukan sebab dia tak kahwin, tapi sebab dapat buat aku menangis. At least ada part yang boleh buat aku menangis. Bagi aku novel yang best apabila semua perasaan bercampur apabila membacanya. Kena ada part sedih, part gembira, part seram-shit dan part misteri. So, dalam novel ni ada hampir kesemua part yang aku cakap tadi. Jadi novel ni terbaik!

Komen. Aku terhibur baca novel ni sebab budak lelaki tingkatan 3 pun boleh bahasakan I-You dengan Hanna yang dah tua-matang tu sampai Ian pun cemburu. Hahahaha. Dan penulis ada masukkan nama-nama Allah SWT dan ada banyak info yang aku dapat daripada membaca novel ni. Syabas, penulis Naurah Iman!


Kalau dapat jumpa lelaki mata macam Ian Hanif, confirm aku dah pengsan. Mesti sexy mata dia macam mata Patrick J. Adams (pelakon cerita Suits) walaupun mata Patrick J. Adams tu biru. 

Friday, April 17, 2015

Tutorial : Photoshop - Tulisan Dalam Kotak (Posters)

No comments :



Assalamualaikum and hello!

Dah lama gilaaaaaaaa aku tak update blog ni. Tadi aku check last entri aku buat bulan June tahun dua-ribu-empat-belas. Itu zaman sebelum aku trial SPM lagi tu, punya la lama aku tak update sampai sekarang aku tengah tunggu keputusan pemohonan UPU aku nak keluar ni haaa. HAHAHA! Ok, sebelum aku terlupa... "Happy 2015! Please be nice."

Tadi aku sempat update entri baru kat blog journal aku. Pastu ex-classmate aku whatsapp aku tanya pasal photoshop ni haaa. Aku takkan nak explain everything dalam whatsapp kot. Aku yang dok mengajar tak faham inikan pulak kawan aku yang bertanya tu. Confirm dia pun tak faham apa aku explain-kan. So, orang dah mintak tolong ajarkan takkan nak kedekut ilmu kot. Jadi sekarang ni aku nak buat tutorial untuk soalan yang kawan aku whatsapp tadi. Tutorial kita hari ni ialah buat tulisan dalam kotak yang selalunya budak hipsturr kat instagram buat kat gambar mereka.

1. Bukak photoshop korang. Tak kisahlah paling latest punya adobe photoshop ke apa.

2. Bukak gambar yang korang nak letak tulisan dalam kotak tu. Macam aku, aku dah edit gambar longgokkan kayu-kayan masa kat Kuala Sepetang harituh. So, aku nak letak tulisan kat gambar tu.


3. Then, korang tekan icon yang tulis 'T' tu. Pastu korang tulis la apa yang korang nak dengan menggunakan font yang korang suka.


4. Untuk nak buat kotak tu, korang tekan icon yang ada bentuk 'rectangle' tu. Nama icon tu 'Rectangle Tool (U)'.


5. Lepas tuh adjust 'fill' dia. Bagi transparent.


6. Untuk 'stroke' jugak, korang adjust bagi opaque. Stroke tu boleh adjust nak tebal mana. Sebelah stroke tu, ruang untuk adjust ketebalan stroke tu. Nak tebal ke, nak nipis ke.. Warna pun boleh tukar ikut citarasa korang.


7. Nanti kotak tu dan tulisan tu korang adjust la bagi center ke apa.. Dah siap semua, korang boleh save.


Sayonara.