About Stuff Linkies Fanfic Journal

Monday, April 29, 2013

Review Novel : Sebenarnya, Saya Isteri Dia! - Zura Asyfar

4 comments :


Muka Surat : 897
Tempoh : Kurang 48 jam.

Assalamualaikum.
K. Aku baru habis baca novel 'Sebenarnya, Aku Isteri Dia!' semalam. Sebenarnya dah lama aku nampak novel ni dekat bookstore, sebelum novel ni diadaptasikan menjadi drama di Tv3. Tapi nak buat macam mana, aku ni jenis yang rambang mata kalau nampak buku banyak dekat bookstore. Jadi dimata aku pada masa lalu, novel ni hanya menjadi pilihan terakhir untuk memilikinya. Hahahaha. Sebab aku jadikan novel ni pilihan yang terakhir sebab, tajuk dia yang agak 'matang' tu. Kekekeke XD

First imperisson.
Aku memang nak beli novel ni. Tapi memandangkan duit tidak mengizinkan, jadi aku beli buku yang penting dulu. Heee.. Bila kawan-kawan aku yang lain dah baca, lepas tuh cakap yang novel ni best. Aku terus lupakan buku yang penting tu. Aku terus beli novel ni. Hahahaha..

Watak.
Okay. Bak kata Ibu aku, "Ibu hampir keliru dengan watak Farish dengan Firash ni. Nasib baik la si Farish ni mati cepat wataknya, jadi senang Ibu nak kenal si Firash tu". Lol. Aku pun mula-mula keliru jugak dengan si Firash dan Farish ni. Tapi lama-kelamaan, aku dah okay. Aku rasa sekarang ni aku dah ter-falling in love dengan si Firash Arshad ni. OMG~! Rasa macam nak tolak tepi Syed Adam Aizril dan Shark tu. Hahahaha.. 

Firash ni... Aku rasa sweet sangat dan agak 'rakus'. K. Faham-faham sendirilah maksud 'rakus' tu. Aku rasa kalau lelaki tu muda dari perempuan, mesti dia layan perempuan tu dengan caring kan. Sebab aku dapat rasakan yang sikap Firash ni sama macam watak Shark dalam novel Lazuardi tu. Tapi cuma Shark tu takdelah 'rakus' pun macam si Firash tu.

Nama anak Firash dan Syafa Aqira ni, pelik gila kot! Tergeliat urat lidah aku nak menyebut nama anak mereka. Nama anak mereka memang nama anak zaman sekarang. Nampak moden..

Favourite part.
Bagi aku banyak sangat favourite partnya.. Tapi aku paling suka masa part dimana Chad cium pipi Qira. K. Part tu teramatlah comelnya. Masa tengah baca part tu, aku blushing je kerjanya. Hahaha..

Novel ni takde part yang buat aku menangis. Walaupun masa si Farish tu meninggal, aku tiada reaksi kasihan pun pada part tu. Aku buat 'watlekwatkewl' aku je. Kekekeke.. Bak kata Una, "Kau ni memang hati batu".

Komen.
Komen aku ialah aku dapat merasakan yang novel ni setanding dengan novel keramat aku iaitu novel, 'Andai Itu Takdirnya'. Kira novel ni berada di tangga yang kedua dalam senarai favourite novel dalam hidup aku. Novel 'Andai Itu Takdirnya' tetap berada di nombor satu sebab watak dalam novel tu lebih kejam dari novel 'Sebenarnya Saya Isteri Dia!'.

Kalau laa dalam novel 'Sebenarnya Saya Isteri Dia!' ada part yang boleh aku menangis meleleh air hingus tu, aku memang tabik spring la. Walau apa pun, novel ni memang best! Aku salute la pada Puan Zura Asyfar ni. *angkat kening double-jerk*

Sebenarnya la kan, aku tak pernah tengok drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' dekat tv pun. Sebabnya aku tak nak watak lelaki dalam novel ni akan mempengaruhi imaginasi aku masa aku tengah baca novel tu. Tapi memandangkan aku dah habis baca novel ni, jadi aku akan tengok versi yang telah diadaptasikan tu. Izzue Islam.. Tiz Zaqyah.. 

Kalau la Izzue Islam warnakan rambut dia kepada hitam, confirm memang menjadi Firash Arshad yang sebenar-benarnya. Walaupun dalam novel tu dia tak cakap yang rambut Firash tu hitam, tapi dalam imaginasi aku rambut Firash berwarna hitam sebab dalam novel, Firash ni jarang tinggal solat. Maknanya, rambut mesti la warna hitam sebab kalau 'blonde', macam mana wuduk nak sahkan..

Beli tau novel ni. Aku gerenti 100% yang korang takkan rugi membelinya.
Okla. Aku nak bersiap untuk berbuka puasa. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara.



Sunday, April 21, 2013

Review Novel : Contengan Jalanan - Hlovate

8 comments :

Muka Surat : Fend - 262 ׀ K² - 291
Tempoh : 48 jam.

Assalamualaikum.

K. Akhirnya dapat jugak aku memiliki novel Contengan Jalanan ni. Dah lama aku nak novel ni. Syukur ke hadrat Ilahi sebab bagi aku rezeki. Yelaaa. Harituh masa Hari Anugerah, aku dapat duit, hadiah dari sekolah. Ada la jugak duit untuk aku membolot beberapa novel di Popular Bookstore. Dan kalau nak tahu, novel-novel Hlovate ni memang susah gila nak jumpa dekat bookstore-bookstore dekat Perak ni. Memang rare gila la. Nasib baik aku ada rezeki. Tiba-tiba ada dekat Popular Bookstore. Alhamdulillah..

* * * *

First imperisson.
Aku teragak-agak nak beli novel ni sebab tajuk dia nampak macam 'berat'. "Contengan Jalanan", tak ke tajuk dia macam untuk orang dewasa je? Aku ni baru nak menginjak umur dewasa, jadi aku adalah sikit perasaan nak-tak nak beli novel ni. Tapi lepas aku baca sinopsis dia dekat internet, perasaan nak membeli novel ni makin membuak-buak sebab watak dia. 


Watak
Tadi aku ada cakap pasal aku nak beli novel ni sebab watak kan? Haaa. Watak dia sebenarnya macam ada kena mengena dengan aku. Aku tak tahu kenapa. Mungkin sebab watak-watak dia memang jenis yang otak seni, jiwa muzik macam aku. K. Menurut observation aku, watak-watak utama dalam novel ni ialah Fend dan K². "Cara sebutan K² tu ialah K-Square". 

Favourite part.  
Part Fend bagi drumstick buatan tangan sendiri yang berukir nama K² dekat K². Aku boleh imagine betapa rapatnya hubungan persahabatan mereka. Lepas tuh part Fend bagi sketchbook hitam dekat K². Betapa sayangnya Fend dekat K². Fend suruh K² sedar sebelum terlambat. Ada part yang bagi aku menangis. Tapi tak nak cerita la. Nanti spoil la pulak.

Komen. 
Aku ada buat beberapa pemerhatian dalam internet ni. Ramai yang tak tahu cara nak membaca novel ni. Sebenarnya novel ni takde sinopsis. Depan belakang ialah kulit buku. Jadi bagi tak nak mengelirukan korang, aku syorkan supaya korang baca dulu bahagian yang depannya ada tulis 'I - Fend'. Lepas dah baca bahagian Fend, baru baca bahagian 'II - K²'. Nanti baru la korang tak terkeliru. 

Komen aku, novel ni sesuai untuk manusia yang sudah lalai dengan duniawi dan lupa akan dunia seterusnya. Aku baca novel ni memang kena tepat batang hidung sendiri la. Lagi-lagi sambil aku baca novel ni, aku dengar lagu Cakra Khan - Harus Terpisah. Perghh.. Feel habis! "Takde kena mengena antara novel Contengan Jalanan dengan lagu Harus Terpisah tu sebenarnya." Novel ni mengajar kita apa itu erti 'life' yang sebenar benarnya. 

Gaya bahasa Hlovate memang terbaik la. Sempoi je kalau baca. Guna bahasa pasar dan banyak la jugak guna bahasa Inggeris. Sesuai untuk orang yang tengah belajar bahasa Inggeris macam aku ni haaa..

Quotes.
Banyak gilaa quotes la aku jumpa dalam novel ni. Sampai aku dah tak tahu yang mana satu quotes yang aku paling suka. Semuanya terbaik. Dan yang paling terkesan sekali quotes pada aku ialah quotes, 

"The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh."

Maksud quotes tu bagi aku ialah, "Orang yang tak sempat untuk berubah ke jalan yang baik."

Orait. Kena blaa dulu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara.

Thursday, April 11, 2013

Review Novel : Lazuardi - Nasz

6 comments :

Muka Surat : 629
Tempoh : Kurang 48 jam.

Assalamualaikum.

Sebenarnya, sudah sekian lama aku tak beli novel. Selama ni aku pinjam sepupu/ kawan aku punya novel je. Tak pun aku baca novel secara online. Tapi ntah mengapa, hati aku tergerak nak beli novel ni masa aku jalan-jalan dekat Popular Bookstore.

* * * *

First imperisson, secara jujurnya kalau nak di tengokkkan pada kulit depan novel ni, aku tak akan beli novel ni sebab kulit dia gambar macam novel kanak-kanak. "Well. Aku kan dah dewasa la katakan. Mana baca novel kanak-kanak dah. LOL." Tapi selepas aku baca sinopsis dekat belakang novel ni, aku tertarik nak membelinya. Jadi, "Don't judge a book by its cover."

Watak, dia memang menarik. Dengan perangai unpredictable si Shark tu dan di campur pulak dengan perangai Odie yang selalu asdfghjkl tu boleh membuatkan Anaz ni 'gila'. Bukan sahaja Anaz je boleh jadi gila. Aku yang membacanya pun boleh jadi gila. 

Favourite part bagi aku lah kan, part Shark ajak Anaz pergi camping. Sumpah kelakar laa. Tu part yang akhir sekali. Comel je mereka berdua ni. Aku yang membacanya boleh bayangkan keadaan macam dalam novel tu dan membuatkan aku senyum seorang diri sampai ke telinga.

Komen aku, so far so best novel ni.. Bagi aku lah. Cara penyampaian dia mudah untuk difahami. Yang paling best, si penulis ni guna gaya bahasa yang sempoi. Gaya bahasa yang selalu anak muda, macam aku cakap dalam kehidupan seharian. Tapi! Aku paling menyampah semua part si Ain tu. Puihh! Aku tak nak cerita apa-apa pasal part Ain tu. Nanti spoil la kan.. Nak tahu kenapa aku menyampah, beli dan bacalah novel ni. Insya Allah korang takkan rugi membelinya ;)



I wish I can get someone special like Shark. OMG! He's too sweet and cool and caring and asdfghjkl. Damn! I don't know how to describe him.